Showing posts with label personal loan. Show all posts
Showing posts with label personal loan. Show all posts

Tuesday, 17 January 2017

Apa berlaku antara Dr M dan Raja Melayu pada 1993?


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad semalam membuat kenyataan mengejutkan – bekas perdana menteri paling lama negara itu memohon maaf atas tindakannya memansuhkan perkenan Raja-raja Melayu dalam pewartaan undang-undang, 23 tahun lalu.
Peristiwa yang kini dikenang sebagai ‘Krisis Perlembagaan 1993’ berpunca daripada tindakan kerajaan ketika itu yang ingin memansuhkan kekebalan Raja-raja Melayu, seperti disebut dalam Perkara 181(2): “Tiada apa-apa pembicaraan boleh dibawa dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifatnya sendiri”.
Pada 6 Disember 1992, jurulatih pasukan hoki Maktab Sultan Abu Bakar Johor, Douglas Gomez membuat laporan polis atas dakwaan dipukul Sultan Johor ketika itu, almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.
Douglas sebelumnya mengkritik Jabatan Pendidikan Johor ekoran tunduk dengan titah Sultan agar menarik diri daripada kejohanan kebangsaan.
Susulan itu, Dewan Rakyat memanggil sidang khas pada 10 Disember 1992 dan timbalan perdana menteri pada ketika itu, Tun Ghafar Baba yang membawa usul agar langkah diambil bagi menyekat kekebalan golongan diraja mendapat sokongan sebulat suara 96 wakil rakyat.
Pada masa sama, kempen media terhadap Raja-raja Melayu bermula. Pelbagai dakwaan salah laku dan gaya hidup mewah golongan diraja dipaparkan bagi meraih sokongan rakyat dalam ‘perang kerajaan dengan Raja-raja Melayu’.

Laporan tersebut tidak hanya menyasarkan kerabat diraja Johor kerana kerabat diraja Pahang misalnya turut dikritik atas dakwaan mendapat konsesi balak di negeri itu secara tidak adil.
Usul Ghafar turut disokong 2 parti pembangkang ketika itu iaitu PAS dan DAP, namun Semangat 46 membantahnya atas sebab ia akan melemahkan kedaulatan Raja dan ketuanan Melayu.
Namun, PAS mengambil sikap berkecuali ketika undian untuk pindaan dibuat pada 19 Januari 1993, bagi menjaga hubungannya dengan Sultan Kelantan dan Semangat 46.
Pindaan tidaklah semudah mendapat sokongan majoriti Dewan kerana perkenan Raja-raja Melayu masih diperlukan agar ia dapat diwartakan.
Maka kerajaan ketika itu meminda Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan yang menyebabkan setiap rang undang-undang tetap diwartakan sebagai undang-undang selepas 30 hari dibentangkan kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun tanpa perkenan baginda.
Ada pendapat yang mengatakan pindaan tersebut tidak sah, tetapi ia berjalan sehingga hari ini dan menyaksikan pelbagai akta diluluskan, termasuk Akta Majlis Keselamatan Negara yang kontroversi itu.

Wednesday, 26 August 2015

Tun Mahathir Dedah Bukti Duit RM 2.6Bilion


DERMA 2.6 BILION

1. Dato’ Sri Najib dan penyokong-penyokongnya perlu berhenti untuk cuba meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya adalah derma.

2. Tiada siapa percaya atau boleh percaya bahawa wang sejumlah besar itu boleh diderma oleh sesiapa kepada Dato’ Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja atas apa jua sebab.

3. Menjelaskan bahawa ia telah diberi kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State (IS) adalah tidak munasabah kerana Islamic State mulai menunjukkan jenama keganasan mereka itu hanya pada tahun 2014 manakala wang itu masuk pada tahun 2013 atau sebelum.

4. Berkata ia adalah kerana sikap kesederhanaan Malaysia dalam Islam adalah juga tidak masuk akal kerana Malaysia tidak pernah berpendirian melampau dalam amalan Islam.

5. Mengapa 700 juta dolar? Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihan raya di Malaysia, kecuali ia adalah untuk merasuah pengundi Malaysia. Mengapa ada orang yang mahu merasuahkan pengundi Malaysia supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia telah menyokong BN tanpa perlu dibayar rasuah besar oleh sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi oleh orang-orang asing.

6. TPM baru mengatakan dia telah berjumpa Arab yang memberikan wang itu. Jikalau begitu hendaklah ia buktikan bahawa Arab ini mempunyai sejumlah wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara lain. Apakah sumber wang ini? Apa perniagaan yang dia buat? Apakah nama bank yang dia gunakan? Tunjukkan akaunnya di bank, cek-cek yang beliau keluarkan, terutamanya USD700 juta itu. Bank penerima mesti masih memegang cek-cek itu.

7. Semua maklumat ini mungkin telah pun disahkan oleh pasukan petugas yang empat itu. Tetapi Najib telah membongkarkan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara, menghantar ketua SPRM bercuti, dan menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.

8. Sekarang SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6 bilion itu. Ia adalah suatu SPRM yang telah dilumpuhkan. Jika Najib serius untuk menyiasat RM2.6 bilion kepunyaannya dalam Ambank, beliau perlu melantik semula pasukan tugas yang asal. Satu pasukan petugas baru yang penuh dengan orang-orangnya tidak mempunyai kredibiliti.

9. Bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan. Tetapi bank-bank juga dikehendaki melaporkan pengubahan wang haram yang disyaki. Bank-bank Malaysia, bank-bank Singapura, bank-bank Switzerland dan bank-bank Amerika tidak patut merahsiakan perniagaan mereka yang melibatkan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah dilakukan mereka?

10. Apabila wang yang dicuri dimasukkan melalui bank-bank, objektifnya adalah untuk menjadikan ia halal, untuk menyucinya (launder). Namun wang itu telah lesap dari Ambank kerana akaun itu ditutup.

11. Apabila akaun ditutup, ini tidak bermakna bahawa jumlah wang yang besar itu dibawa keluar secara tunai. Ia semestinya telah dipindahkan kepada bank lain. Namun kita tidak mendengar mana-mana bank yang melaporkan wang ini ada pada mereka. Dua akaun dilaporkan dibekukan di Singapura. Itu sahajakah? Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat. Tetapi setakat ini tiada apa yang kedengaran. Adakah bank-bank boleh ambil wang ini! Jika ini tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan yang perlu diambil, sudah jelas wang ini telah dicuci (laundered).

12. Jika ini adalah demikiannya, maka mengapa bank perlu meneliti sejumlah wang yang banyak yang didepositkan dengannya. Lebih baik mereka langsung tidak meneliti jika jumlah besar yang mencurigakan itu, yang menjadikan subjek penuh kontroversi ini, disimpan sahaja oleh mereka.

13. Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya bahawa RM2.6 bilion adalah hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk beliau memenangi pilihan raya. Rakyat Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa calon mereka untuk pejabat tertinggi di negara ini merupakan penama seseorang dari negara lain. Apakah yang akan menjadi kewajipan beliau kepada penyokong-penyokong? Adakah beliau akan berkhidmat untuk rakyat Malaysia atau untuk negara asing?

14. Berhentilah berfikir bahawa rakyat Malaysia bodoh.


Sumber : Mahathir 

Harussani: Peserta demo Bersih Dikira Penderhaka Kepada Kerajaan, Halal Dibunuh


Mutfi Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata, sepatutnya semua peserta perhimpunan pada 31 Disember lalu ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan “dihalalkan darah golongan bughah (pemberontak)”.

“Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

Harian itu juga melaporkan, mufti itu membidas pembabitan pembangkang, khususnya PAS dalam perhimpunan 'haram' malam kelmarin yang disifatkannya cuba berlagak alim tetapi didakwanya tidak memahami al-Quran.

Sambil melabelkan peserta perhimpunan itu sebagai bughah, beliau dilaporkan berkata, haram bagi mana-mana pihak menyertai perhimpunan itu.

“Pemimpin PAS menyertai perhimpunan itu kerana mereka gagal memahami al-Quran,” katanya lagi seperti dilaporkan Berita Harian.

Harussani juga dilaporkan berkata, kerajaan terlalu bertoleransi sehingga menunjukkan kelemahan mereka kepada pihak yang menentang.

“Kerajaan British juga tidak pernah tunduk kepada penunjuk perasaan. Jadi kenapa kerajaan selepas merdeka perlu akur dengan tekanan mereka,” beliau dipetik sebagai berkata.

Sumber : Malaysiakini

Thursday, 20 August 2015

Kerajaan Bercadang Untuk Mengawal Internet - Najib Razak


KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bercadang melaksanakan standard antarabangsa bagi mengawal selia Internet.

"Saya secara khusus mengatakan mengawal selia, bukan menyekat - agar tiada siapa perlu menderita akibat difitnah jenayah.

"...supaya internet menjadi ruang tidak terkawal yang dikuasai penghinaan dan perkara yang tidak benar," katanya semasa menyampaikan ucapan bertajuk 'Kepimpinan Dalam Masa Mencabar' pada siri ke-26 Ceramah Tunku Abdul Rahman, anjuran Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Khamis malam.

Hadir sama Presiden MIM, Tun Mohammed Hanif Omar.

Najib berkata kerajaan mengambil isu keselamatan semua rakyat Malaysia secara serius dan sebab itu memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015.

Najib berkata pembaharuan ekonomi negara telah dipadankan dengan bidang-bidang lain seperti pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Ordinan Darurat, Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad.

Beliau berkata negara juga telah meluluskan Akta Perhimpunan Aman, mengubah undang-undang bagi membolehkan pelajar menyertai bidang politik dan meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

"Ini adalah perkembangan paling besar kebebasan awam dalam sejarah Malaysia. Namun, beberapa pihak luar telah menyerang kita kerana tidak menjaga hak rakyat," katanya.

Najib juga membidas kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa 'demokrasi di Malaysia sudah mati'.

Justeru, perdana menteri berkata jika ada yang sangsi bahawa rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mencari kesalahan kerajaan, maka mereka hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk melihatnya dalam talian.

"Kami sedar kritikan yang dilemparkan terhadap kerajaan dan kami mendengarnya...tidak seperti negara-negara membangun yang lain. Bagaimapun, tiada siapa yang akan ditangkap atau didakwa kerana menyuarakan pandangan yang sah," katanya.

Bagaimanapun, katanya kebebasan datang dengan tanggungjawab dan mereka yang berfikiran terbuka dan dimaklumkan berada dalam kedudukan untuk membuat pertimbangan yang lebih menyedarkan.

Tetapi mereka yang kurang bermaklumat akan menjadikan perkara yang kurang tepat dan pembohongan serta bergantung kepada sumber tidak boleh dipercayai dengan memutar dan mensensasikan maklumat, katanya.

"Ini amat bahaya dan sebab itu mengapa kerajaan saya bercadang mengenakan standard antarabangsa untuk mengawal selia internet," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, 16 August 2015

Najib Mahu Rakyat Lupakan Isu Derma RM 2.6bilion


Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pemimpin dan anggota parti supaya menutup isu dana politik, sebaliknya memberi fokus bagi menghadapi cabaran yang lebih besar dalam membangunkan negara dan menjaga kepentingan rakyat.
    
Perdana Menteri berkata jika parti hanya tertumpu pada isu dana politik, soal kepentingan rakyat akan terabai.
    
Beliau berkata soal kepentingan rakyat dan apa yang diinginkan oleh mereka sepatutnya menjadi agenda utama parti yang perlu diambil perhatian sewajarnya.
    
"Selagi kita ambil berat soal rakyat, rakyat cukup tak pendapatannya, rakyat ada tak rumah mampu milik, rakyat dapat ke tidak sekolah, suasana hidup rakyat macam mana, ini semua mesti dalam lingkungan apa yang diperjuangkan oleh parti kita.
    
"Kalau kita dapat memberi perhatian pada perkara ini, saya percaya kita dapat pulihkan keadaan ini," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kepala Batas, di Institut Latihan Perindustrian di Kepala Batas, hari ini.

Yang turut hadir bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman dan barisan kepimpinan Umno Bahagian Kepala Batas.
    
Najib berkata media massa terutamanya media sosial menjadi punca kekalutan pemikiran rakyat sehinggakan perkara yang tidak benar boleh dianggap sebagai benar.
    
Justeru, katanya semua anggota parti perlu memainkan peranan membetulkan persepsi rakyat dengan memberi penjelasan terhadap isu-isu berbangkit.
    
"Nasib saya jadi perdana menteri (semasa) media sosial menjadi media utama bukan lagi media cetak. Inilah seperti mana berlaku dalam PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13), mereka boleh pusingkan cerita kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh yang kita bawa masuk jadi pengundi dalam PRU13.
    
"Cuba bayangkan benda macam itu, cerita tak benar pun, tak disiasat, tak dipastikan kebenaran (dan) diterima, ditelan bulat-bulat. Sampai hari pengundian tu ada orang yang rupa macam Bangladesh kena kejar," katanya.

Dalam pada itu, Najib yakin Umno dapat tangani cabaran jika semua anggota mempunyai rasa kasih dan cinta terhadap parti.
    
Menjadikan Abdullah sebagai contoh, beliau berkata bekas perdana menteri itu tidak pernah merajuk, meradang mahupun menyumpah UMNO walaupun digugurkan daripada Kabinet malah tetap terus membantu parti berkempen pada pilihan raya.
    
"Jiwanya begitu ikhlas, bersih terhadap Umno tetapi kepimpinannya, perwatakannya boleh jadi ikutan kepada kita bahawa dalam apa jua keadaan, cuba bayangkan digugurkan daripada Kabinet, (tetap) terus berjuang mempertahankan Umno," katanya.

Thursday, 13 August 2015

Rakyat Malaysia Patut Terhutang Budi Pada Rosmah : Najib Razak



Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menceritakan bahawa isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah menelefon isteri bekas kepada presiden Mesir Suzanne Mubarak bagi membebaskan seorang pelajar Malaysia yang dituduh perisik. 



Najib berkata sewaktu Operasi Piramid pelajar tersebut dituduh sedemikian dan kemudiannya dihumban ke penjara. 


Perdana menteri berkata ia merupakan salah satu daripada dua jasa Rosmah yang tidak pernah dimaklumkan kepada sesiapa sewaktu operasi itu dijalankan dua tahun lalu. 


"Saya minta isteri saya menelefon isteri presiden Suzanne, merayu untuk membebaskan (pelajar itu), dalam dua jam, pelajar kita dibebaskan," katanya. 



Bagi jasa kedua, Najib berkata semasa operasi yang berjalan, Najib berkata isterinya juga memohon jasa baik kerajaan Arab Saudi dengan "jaringan" dengan keluarga diraja, membolehkan pelajar Malaysia dapat singgah di Jeddah tanpa visa. 


"Ia diusahakan oleh isteri saya kepada pelajar-pelajar kita. Malah dua kapal terbang Jumbo disediakan secara percuma bawa balik pelajar kita.


"Belum pernah saya beritahu tapi ia adalah sumbangan isteri saya kepada rakyat Malaysia," kata Najib. - Mkini.

Monday, 10 August 2015

Tak Suka Perdana Menteri, Boleh Keluar - Mohammad Hassan Menteri Besar Negeri Sembilan



Menteri Besar Negeri Sembilan menyindir sesiapa yang tidak suka kepada Perdana Menteri supaya berhenti kerana kerja ini bukan sesuatu paksaan.

Mohammad Hassan menceritakan kisah hubungan antara anak dengan ibu bapa dan pekerja dengan “boss” yang jelas merujuk kepada isu beberapa orang Menteri yang tidak lagi bersetuju dengan Perdana Menteri.

Saturday, 8 August 2015

Badan Kerajaan Patut Berdiri Depan saya Melindungi Saya - Rosmah Mansor


Rosmah Mansor hari ini menggesa NGO yang didanai kerajaan agar lebih celik IT supaya mereka boleh melindunginya daripada "orang jahat".

"Awak semua eloklah ajar mereka IT, supaya mereka boleh jawab balik orang-orang jahat ini," katanya sewaktu berucap kepada lebih 1,000 peserta satu program kemahiran hari ini.

"Kalau sekadar bersama saya dan bergembira, tak bolehlah.

"Bersama saya bermaksud awak kena lindungi saya, tolong berdiri di depan saya dan lindungi saya," kata isteri perdana menteri itu.


Orang jahat yang dimaksudkan oleh Rosmah kat sini ialah geng2 pembangkang yang seringkali serang dan troll Rosmah atas isu2 tertentu.

Taknak sebut pembangkang. Dia menyindir sebut orang jahat.

NGO yang dia gesa suruh lindungi dia ialah NGO2 yang mendapat dana daripada kerajaan untuk melakukan aktiviti pertubuhan mereka. Rosmah suruh mereka belajar IT. Lepas belajar IT then boleh la counter attack serangan pembangkang ke atas dia.

Tak guna la kalau ikut Rosmah semata2 nak bersuka ria semata2.

Do something la untuk protect intergriti dia sama.

Lebih kurang begitula point dia pun.

KAH KAH KAH

Part dia suruh NGO protect dia tue aku tak kesah langsung. Part dia nak anggap geng2 pembangkang neh orang jahat pun aku tak peduli. Cuma part dana jek aku kesah. NGO tue dapat dana dari Rosmah ka kerajaan ka UMNO ka apa?

Kalau dapat dana dari kerajaan = wang pembayar cukai = takde faedahnya depa nak lindungi ko Rosmah wehh..

Depa kena lindungi pembayar cukai lagi la ada. Sebab terima dana dari hasil2 cukai orang ramai. 

Betul tak? Lainla kalau ko yang bayar depa. Memang sah2 la depa kena protect dan tangkis serangan2 ke atas ko. Ye tak Rosmah?

KAH KAH KAH 

Rosmah Mansor hari ini menggesa NGO yang didanai kerajaan agar lebih celik IT supaya mereka boleh melindunginya daripada "orang jahat".

"Awak semua eloklah ajar mereka IT, supaya mereka boleh jawab balik orang-orang jahat ini," katanya sewaktu berucap kepada lebih 1,000 peserta satu program kemahiran hari ini.

"Kalau sekadar bersama saya dan bergembira, tak bolehlah.

"Bersama saya bermaksud awak kena lindungi saya, tolong berdiri di depan saya dan lindungi saya," kata isteri perdana menteri itu. -Mkini-