Saturday, 8 April 2017

Tidur Di Hotel Bajet Pun Akan Dicukai Di Bawah Akta Cukai Pelancongan 2017

Baru-baru ini satu usul mengenai cadangan Akta Cukai Pelancongan 2017 telah diluluskan oleh dewan rakyat. Menurut Steven Sim usul tersebut diluluskan secara tergesa-gesa.

Baca : Tanpa huraian lanjut, cukai pelancongan diluluskan!


Pihak kami belum berhasil mendapatkan butiran lanjut tentang akta percukaian tersebut dan merasa sangsi dengan penggunaan terma seperti 'pelancong' yang selalunya merujuk kepada pelawat luar negara dan tidak faham bagaimana cukai ini akan memberi impak kepada rakyat di negara ini oleh itu kami tidak akan menghurai lanjut tentang percukaian tersebut buat masa sekarang.

Namun menurut seorang individu yang dikenali dengan nama Amizuddin di Facebook ada melaporkan bahawanya beberapa hari lepas beliau telah menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Hotel Bajet di Metro Hotel, Bukit Bintang bagi membincangkan perihal cukai baru yang dilaksanakan oleh kerajaan itu.

Menurut Amizuddin, hotel bajet juga terikat dengan pelaksanaan cukai baru tersebut.



Cukai itu akan dikenakan berdasarkan individu yang menginap di mana-mana hotel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan; yang tertakluk untuk membayar cukai pelancongan.

Pelancong yang gagal membayar cukai juga tidak dibenarkan untuk meninggalkan negara, Datuk Seri Nazri Aziz dipetik sebagai berkata kepada Bernama beberapa hari lepas.


Dalam laporan yang sama, Kementerian turut menjelaskan, rumah inap, homestay, penginapan berdasarkan keagamaan dan kebajikan akan terkecuali dari dikenakan cukai itu. 

Untuk rekod, selain dari Cukai Pelancongan, mana-mana penginap yang menginap di hotel-hotel seluruh Malaysia juga terikat dengan cukai GST sebanyak 6% dan cukai perkhidmatan sebanyak 10%. 


EmoticonEmoticon