Monday, 6 March 2017

Jawapan Tun Mahathir Membuatkan Nazri Aziz, Terdiam Malu

Tulisan Terbaru Tun M: Nazri Aziz, Jadi Menteri bawah Najib lebih mudah dari keluarkan kereta



Tulisan terbaru Tun M di www.chedet.cc

NAZRI AZIZ

1. Nazri mencabar saya supaya bertanding di kawasan Padang Rengas yang ia menjadi wakil rakyat.

2. Syabas saya ucapkan. Cabaran ini menunjuk betapa beraninya Nazri.

3. Sebabnya ialah kerana Nazri tahu saya tidak berhajat untuk bertanding dalam pilihanraya akan datang. Oleh itu cabarannya ialah cabaran kosong.

4. Tetapi jika Nazri hendak sangat mencabar saya, bolehlah kita ada perbahasan terbuka berkenaan 1MDB, RM2.6 billion dalam akaun tuannya, pinjaman RM55 billion untuk keretapi pantai timur atau apa juga tajuk, termasuk BMF. Ini boleh diadakan tanpa syarat.

5. Kata Nazri Proton adalah seekor Gajah Putih. Semasa saya menjadi PM, Proton dapat kumpul tabung keuntungan sebanyak RM4 billion. Proton membina kilang baru di Tanjung Malim dengan kos RM1.8 billion tanpa pinjaman bank atau bantuan Kerajaan.

6. Di masa yang sama Proton membayar RM18 billion cukai kepada Kerajaan.

7. Kemerosotan Proton bermula apabila kereta buatan asing dibenar masuk dengan mudah, walaupun negara-negara pengeluar kereta ini menghalang kemasukan kereta Proton ke negara mereka dengan berbagai alasan.

8. Apakah kereta Proton begitu buruk? Hari ini kereta Proton buatan tahun 1985 masih boleh diguna. Ya. Ada kes tingkap tidak berfungsi. Tetapi itu cerita 10 tahun dahulu. Cermin tingkap Proton sekarang tidak bermasalah. Lain-lain kelemahan kereta Proton sudah diatasi.

9. Demikian juga dengan kereta buatan Korea dan Jepun. Dahulu tidak baik. Sekarang berkualiti. Dahulu dikatakan jika kikis cat akan ternampak label tin milo. Sekarang tidak siapa berani fitnah.

10. Kenaikan harga kereta import bukan disebabkan oleh Proton. Cukai kereta adalah suatu punca dana Kerajaan. Sebelum ada Proton pun harga kereta import memang tinggi jika diambil kira zaman kos sara hidup yang rendah.

11. Hari ini penjualan kereta Proton memang tidak laris. Sebabnya ialah kerana banyak kereta jenama asing boleh masuk dengan mudah. Pengeluar kereta asing adalah syarikat gergasi yang mengeluar berjuta buah setahun. Mereka boleh jual dengan harga yang murah sehingga rugi di Malaysia pun tidak menjadi masalah kerana mereka mendapat keuntungan yang besar dari negara mereka di mana mereka dapat lindungan Kerajaan dan mereka dapat eksport ke merata dunia. Namun kereta jenama asing sukar didapati di negara mereka kerana sekatan.

12. Kerajaan biasanya membiayai dana untuk research and development dalam industri pembuatan. Tetapi walaupun ada peruntukan dana untuk Proton, Kerajaan lambat membekal dan membekal kurang dari peruntukan budget bagi Proton. Namun Proton mengguna duit sendiri untuk develop tiga kereta baru. Ini menyebabkan masalah kewangan Proton.

13. Memang ada kelemahan-kelemahan dalam Proton, tetapi teknologinya sesuai untuk Malaysia, Australia dan Asean. Ada bantuan teknologi syarikat Eropah dalam Proton. Yang menjadi masalah ialah cashflow kerana kemasukan kereta asing memakan pasaran Proton.

14. Saya telah beli ketiga-tiga model baru Proton dan saya tidak menghadapi masalah menggunanya.

15. Saya yakin YB Menteri Nazri boleh beli kereta mewah yang diimport dan berbangga memperkecilkan kebolehan bangsa sendiri. Pada pendapat saya menjadi menteri dalam Kerajaan Najib jauh lebih mudah dari mengeluar kereta. Buat salah, menghilangkan berbillion Ringgit pun okay. TV3, Utusan dan New Straits Times akan lapor duit dapat dari raja yang sudah mangkat.

16. Gajah putih depan mata tak nampak. Semut di seberang laut ternampak uban dikepalanya. Dunia kata awak anggota geng pencuri. Awak kata awak bukan pencuri, hanya perompak sahaja.

2 comments

Saya sangat setuju dengan kenyataan Tun M sebab dengan adanya Proton maka ramai jurutera tempatan dapat kerja untuk menggilap kebolehan dan beribu rakyat negara ini mendapat pekerjaan. Bila Proton di jual kepada Cina ramai pekerja kemungkinan akan diberhentikan dan yang bekerja pun kurang overtime. Salah siapa tu...
Saya membeli Proton Iswara 1.5 hatchback pada tahun 1992 keluaran terbaru dan menggunakan nya selama 13 tahun tapi tak banyak masalah besar pun. Saya jual sebab anak saya langgarkan sebanyak 2x dan tukar kepada Proton Satria pun ok juga. Saya berbangga kerana menggunakan kereta buatan negara sendiri. Bila pergi UK terjumpa kereta Proton...mak datuk...punya bangganya saya...tetapi...sekarang dah takde jenama Proton...akan datang tinggal nama Ploton je...

Tabik tun...betul kereta wira pun xde mslh accident pun kete lain yg remuk..


EmoticonEmoticon