Sunday, 5 February 2017

Saya Tak Nampak Rakyat Susah & Menderita, Saya Tengok Lebuh Raya Sesak - UMNO


'Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak'

Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat, jumlah orang ramai yang melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah adalah bukti bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membuktikan bahawa rakyat tidak menderita seperti yang didakwa oleh pembangkang, kata seorang wakil rakyat BN.


KUALA LUMPUR - Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin hari semakin meningkat, sejumlah besar rakyat Malaysia melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah, menjadi ukuran bahawa perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 yang lalu menguntungkan rakyat.

Wakil rakyat Bagan Serai (BN) Noor Azmi berkata demikian menepis dakwaan pembangkang kononnya rakyat menderita selepas perlaksanaan GST.

"Kata rakyat susah dan menderita, tetapi saya tengok lebuh raya sesak setiap hari. Di lapangan terbang, bukan KLIA sahaja malah lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 umat Islam pergi umrah. Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia.

"Sebenarnya pakatan pembangkang mengatakan bahawa GST ini mendera rakyat adalah bohong dan karut. Dakwaan itu hanyalah persepsi semata-mata," katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan telah melakukan sebaik mungkin untuk membantu meringankan bebanan rakyat, namun pembangkang memutar belitkan dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat Malaysia menderita.

3 comments

TEKS1M
Perkhidmatan TEKSI MPV pelbagai guna dalam kawasan dan luar kaeasan.

kenderaan sesak, tanda rakyat semua terpaksa keluar mencari kerja dan rezeki utk menampung kos hidup yg tinggi.Dibebankan pula dengan ketiadaan public transport yang reliable.
Ramai yg keluar negara bukan kerana nak melancong tapi terpaksa mencari alternatif perniagaan lain kerana dalam malaysia dah tak kompetitif. Ke vietnam indonesia sebab barang sana masih murah.
Ramai pergi umrah kerana tekanan hidup di Malaysia perlu tenangkan hati dengan beribadat sambil menjauhkan diri dari melihat, mendengar berita dalam negara sendiri yg penuh dengan rasuah dan hiprokrit pemimpin.

Memang ko x nampak rakyat susah, sebab ko buta hati perut😡😡😡


EmoticonEmoticon