Thursday, 9 February 2017

Bangsa Johor mengeluh bil air SAJ naik lebih dua kali ganda

   

RAMAI pengguna air yang melanggan dengan Syarikat Air Johor, SAJ mengeluh dengan peningkatan mendadak sehingga lebih dua kali ganda caj bulanan terbaru yang dikenakan dalam bil air mereka.

Difahamkan SAJ telah mula melaksanakan deposit baru bekalan air kepada semua pelanggan-pelanggannya di negeri Johor mengakibatkan peningkatan mendadak bayaran bil apabila kadar deposit baharu itu dimasukkan ke dalam caj bil terkini pengguna.


Sudahlah rakyat tertekan dengan peningkatan kos hidup kesan perlaksanaan GST, peningkatan harga petrol, dan kejatuhan matawang, kini rakyat negeri Johor ditambah lagi dengan beban peningkatan caj mendadak bil air.

Perkara itu turut dikongsikan oleh orang ramai di laman sosial facebook. Pelbagai rungutan dan keluhan boleh kita lihat.



Ramai pengguna yang terkejut mempersoalkan  mengapa berlaku peningkatan mendadak caj dalam bil terkini mereka yang disifatkan sebagai tidak masuk akal.



Bagi segelintir mereka yang lebih proaktif, ada yang sudah pergi sendiri ke pejabat SAJ untuk mendapatkan penjelasan berkenaan hal tersebut.



Tetapi bila sampai di Pejabat SAJ, kakitangan yang bertugas hanya menyuruh pengguna untuk membayar sahaja jumlah bil yang dikenakan.



Banyak lagi rungutan demi rungutan boleh dilihat di laman sosial. Kalau aku nak masukkan di sini memang tak larat. Beratus, mungkin beribu status-status facebook yang mengadu tentang hal ini.



Tidak kurang yang sudah 'naik angin' bertindak melepaskan geram memaki hamun SAJ.

Aku memang kasihan dengan nasib penduduk Negeri Johor yang dibebani dengan masalah terbaru ini.

Tapi apa boleh buat, bayar sajalah, kalau tak bayar air kena potong pula. Isu rakyat seperti ini memang tidak akan masuk dalam laporan berita arus perdana kawalan BN (Barang Naik) seperti TV3, TV1 dan TV2.

Isu rakyat yang selalu diketengahkan hanya isu yang melibatkan negeri-negeri diperintah oleh Pakatan Harapan seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Negeri Johor, kubu kuat BN, rakyat terbeban ke, tergolek ke, selagi belum ada yang bergelimpangan mati tepi jalan, isu seperti ini tak akan dipedulikan oleh kerajaan.

Sebab itu aku selalu kata "pembangkang kuat rakyat untung" kerana jika kerajaan BN  kuat, seperti di Johor isu dan masaalah rakyat mereka buat tak peduli, kerana yakin rakyat akan undi mereka lagi.

Teruskanlah mengundi BN untuk dapat lebih banyak beban di masa hadapan.

1 comments so far

Satu-satunya institusi yang mengendalikan urusan air negeri Johor ialah SAJ, kalau ada syarikat pengendali air yang lain dah tentu pengguna akan jadikan ianya sebagai alternatif dalam membuat pilihan.


EmoticonEmoticon