Tuesday, 17 January 2017

Penipuan Cuba Mempengaruhi Orang Kampung Melalui BR1M di Dedahkan



Nah... Mangkuk #Zenithgold dok mencari mangsa di kalangan penerima BR1M pulak.
Diorg tak pikir ke? BR1M ni la yg diorg nak pakai untuk tampung perbelanjaan dapur selama setahun, nak beli kereta baru untuk jadi driver UBER, dsb.
Yang korang ajak diorg susah di dunia dan akhirat ni kenapa? Korang nak susah, susah sorang2 dah la.

Zenithgold juga tersenarai dalam watch list BNM boleh baca disini



'








Zenith Gold terjerumus kepada scam plan
bismillahirahmanirrahim,

Aku berani bersuara, aku berani kehadapan mengatakan ianya SCAM. Mengapa?

1. perlaburan yang merepek 1% dan keatas sehari termasuk cuti dan tidak pernah loss.
2. tidak berdaftar di Malaysia.
3. 100% risiko modal.
4. background pelaburan disorok.
5. guna istilah gold dan forex

Sekiranya anda membeli emas, 1 gram hari ini dengan harga RM200, esok katakanlah naik sikit. 1%. Bermaksud 1 gram gold bersamaan RM202. Jadi anda ada 1gram gold dan RM2. Ini dinamakan beli fizikal gold. Pada bulan yang lepas, ada seorang memaki aku dengan persoalan. "Tahun celah mana kau tengok gold tengah naik sekarang?" waktu tu dia memaki seseorang yang lain. Bukan aku. Jadi aku melihat kembali gold graf di flatform metatrader. Yelah, Gold masih downtred iaitu bermaksud gold sedang berada di dalam kejatuhan seperti kejatuhan ringgit Malaysia sekarang. Kita juga sedia maklum bahawa kenaikan dan penurunan gold juga tidak mencecah 100% dalam masa setahun. Maksudnya Awal tahun 2015 1gram dibeli dengan harga RM200 dan dijual semula hujung tahun pada RM400. Oleh yang demikian Zenith Gold bukan jual beli gold dalam bentuk fizikal.  Jadi persoalannya sekarang macam mana Zenith Gold ini membuat keuntungan?

Aku taknak jawab sekarang, kita ke nombor dua. Tidak perlu ke Bank Negara, KPDNKK dan agensi lain. Pengasas yang berada di Malaysia sendiri menjawab, "tak perlu daftar sebab sudah didaftar di luar negara" susah nak memperjelaskan perkara ini. Ambil contoh mudah, kita register website, beli domain dan membayar kepada syarikat luar negara melalui credit kad. Ya, syarikat itu tidak perlu mendaftar dengan SKMM. Setuju? Contoh kedua, kita membeli barang dari luar negara. Ya syarikat itu tidak perlu mendaftar dengan SKMM dan sewaktu kita ingin mengambil barang tersebut kita akan di cukai. Setuju? Jadi apakah peranan Bank Negara sekiranya melihat wang ringgit disalurkan terlalu banyak kepada syarikat yang tidak berdaftar di Malaysia. Contohnya sekarang 10,000 orang melabur RM380 seorang dan disalurkan keluar negara. Jumlahnya RM3,800,000. Di sini barulah Bank Negara akan memainkan peranannya, akaun yang bukan akaun semasa akan disekat. Bagi akaun semasa pula akan diminta untuk membuat declaration. Dan waktu inilah baru kita sedari, pengasas akan mula melarikan diri dan duit terus digelapkan oleh pengasas sendiri atau pun bank negara. Waktu ini segala bentuk transcation dibekukan dan waktu inilah Zenith Gold akan terkubur. Dan waktu ini baru kita sedar bahawa kita telah di SCAM.

Peratusan 100% risiko, disekolah kita ada belajar matematik. Sekiranya aku membeli sesuatu barang, didalam talian. Berapakah peratusan aku ditipu. 100%. Sekiranya aku membeli barang melalui kedai, berapakah peratusan aku ditipu. 50%. Sekiranya aku membeli barang melalui kedai yang aku kenali dan telah diyakini dan berdaftar, berapakah peratusan aku ditipu. 99%. Berdasarkan maklumat di atas. Adakah anda bersetuju? Pernah kenal dengan orang jual perfume secara part time? "Barang stok clear kat department. Ori" Kepala hotak dia berjambul part 2. Risiko risiko risiko. Pepatah lama ada mengatakan, Apek pacak gadai lagi ku kenal, ini kan pula mat salleh yang mengondol bijih timah. Tiada istilah berniaga dalam zenith gold sebab kau tidak nampak berapa lot jual atau beli.

Pelaburan disorok. Dari penyampaian untung untung dan untung, mereka ini berniagakan wang tersebut dalam bentuk trading iaitu istilah tepat. Forex trading. Forex yang biasa kita kenali adalah perniagaan mata wang. Forex ini terlalu besar, bukan sahaja gold, comoditi lain pun ada. Timah, Besi, Getah, Minyak, Minyak kapala sawit pun ada. Cuma kena pandai cari broker. Broker? Banyak istilah perlaburan yang kena faham. Kalau nak faham forex, nantilah aku bagi tahu. Terlalu besar forex ini. Tidak mengapa nanti aku terangkan. Akan tetapi, jual beli emas dalam forex ini tidak diniagakan pada hari sabtu dan ahad. Market ditutup. Darimananya datang 1% keberuntungan pada hari cuti ini? Jeng Jeng dan Jeng. Di sini kita nampak, perniagaan ini tidak telus. Bermaksud sekiranya syarikat itu untung banyak pada sesuatu masa, bahagian tersebut akan dicoverkan pada hari hari yang lain. Akan tetapi,1% keuntungan pada satu hari adalah berisikokan 1% kerugian. Inilah dunia forex.

Forex dan gold. Forex cuti sabtu dan ahad. Full Stop. Gold pun cuti sabtu ahad. Full full stop.

Kesimpulan, zenith gold telah disenarai hitam oleh aku.




EmoticonEmoticon