Tuesday, 31 January 2017

Minyak Naik : Kerajaan Akan Ambil Langkah Ringankan Beban Rakyat - Najib Razak



Nampak tak apa janji Najib yang juga Presiden UMNO tu bila Kerajaan Barisan Nasional tarik subsidi minyak ?..




Kalau tak nampak bacalah kat bawah ni..

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan, langkah apungan terkawal harga minyak yang diambil oleh kerajaan adalah kerana harga minyak mentah dunia telah turun, yang mana paras subsidi tidak lagi perlu.

Jelasnya, sistem ini lebih memberi manfaat kepada rakyat, kerana harga minyak dalam negara akan turun mengikut harga pasaran minyak dunia.

“Namun, sekiranya harga minyak dunia meningkat dengan mendadak, kerajaan akan mengambil langkah bagi meringankan beban rakyat,” ujarnya di dalam blog miliknya www.najibrazak.com

Tambah Najib yang juga merupakan Menteri Kewangan turut menjelaskan, pemansuhan subsidi pukal ini akan mengelakkan negara kerugian berbillion ringgit akibat daripada aktiviti penyeludupan dan pembelian minyak oleh warga asing yang tidak layak menerima subsidi yang ditanggung oleh pembayar cukai.

Semalam Berita Harian melaporkan..

TOKYO: Harga minyak meneruskan kejatuhannya hari ini selepas pengeluar bukan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak menyatakan sebarang komitmen untuk menyertai usaha mengehadkan paras output bagi meningkatkan harga bahan api itu.

Pendirian itu membayangkan mereka mahu OPEC menyelesaikan perbezaan pendapatnya terlebih dulu.

Pegawai dan pakar daripada negara OPEC dan bukan OPEC termasuk Azerbaijan, Brazil, Kazakhstan, Mexico, Oman dan Russia bertemu untuk berunding di Vienna, Sabtu lalu dan hanya bersetuju untuk bertemu lagi bulan depan sebelum mesyuarat OPEC yang dijadual 30 November ini, kata mereka dalam satu kenyataan.

OPEC dan bukan OPEC dalam kenyataan bersama berkata mesyuarat pada Sabtu itu adalah 'perkembangan positif' ke arah mencapai perjanjian mengehadkan output pada 30 November ini.

Minyak mentah Brent bagi penghantaran Disember diniagakan turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$49.35 satu tong menjelang 2250 GMT semalam selepas ditutup turun 76 cent pada Jumaat.

Minyak mentah NYMEX bagi penghantaran Disember juga turun 36 cent, atau 0.7 peratus pada AS$48.34 satu tong, selepas ditutup turun AS$1.02 pada Jumaat.

Harga minyak dunia turun.. walaupun kononnya harga minyak di Malaysia telah diapungkan mengikut pasaran dunia.. tapi di Malaysia..

Harga minyak naik lagi untuk dua bulan berturut-turut.

Untuk November 2016, harga baru RON 95 ditetapkan pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.30 seliter dan diesel pada RM1.90 seliter, menurut Paultan.

Ini bermakna berlaku kenaikan 15sen untuk setiap jenis minyak bermula tengah malam ini.

Harga baru ni juga sekali gus mencatat rekod sebagai harga bahan bakar paling tinggi untuk tahun ini.

Harga baru ini lebih tinggi berbanding Januari tahun ini apabila RON95 ditetapkan pada harga RM1.85 seliter, RON97 (RM2.25) dan diesel (RM1.60) ~ Malaysiakini

Apa langkah untuk ringankan beban rakyat Najib?.. Naikkan harga minyak masak ke?


EmoticonEmoticon