SHAH ALAM, 15 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Dianggarkan lebih 5,000 orang mula membanjiri majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini, malam ini.
Setakat jam 8 malam, rata-rata ahli Bersatu mula memenuhi ruang tempat duduk di Stadium Malawati Shah Alam, menantikan ketibaan pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Advertisement
Dr Mahathir dijangka tiba sekitar jam 8.30 malam bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Sementara itu, PKR menafikan menghantar pekeliling akan membayar RM100 kepada ahlinya yang hadir meramaikan majlis Bersatu malam ini.
EmoticonEmoticon