Sunday, 22 January 2017

Laman Web Jabatan Penerangan padam artikel MCA minta jawatan TPM


   

SEMALAM telah didedahkan satu artikel dari Laman Web Jabatan Penerangan Malaysia yang mengesahkan bahawa parti cina komponen Barisan Nasional, MCA mahukan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Jika anda tertinggal artikel itu, sila klik link di bawah ini.

KLIK — Web Jabatan Penerangan sahkan MCA mahu jawatan TPM

Artikel yang diterbitkan pada bulan April, 2009 itu juga dirujuk oleh Tun Mahathir sebagai bukti bahawa parti orang cina, MCA mahukan jawatan TPM sekaligus membuktikan bahawa Najib telah kantoi menipu.

Namun tiba-tiba, hari ini artikel di web Jabatan Penerangan itu telah dipadam. Carian menggunakan google berjaya menemukan jejak artikel tersebut dalam indeks dan cache Google.


Namun bila kita klik, artikel pada pautan itu telah sengaja dipadamkan bagi menyembunyikan penipuan Najib.



Kenapa aku kata artikel itu sengaja dipadam?

Kalau kita lihat artikel itu telah wujud sejak 2009, jika tiada sebarang isu tentangnya, tentu sampai sekarang ia masih ada di situ, malah ia masih ada di situ sehinggalah semalam.

Namun bila kita dedah dan sebarkan sejak semalam, tiba-tiba ia dipadam.

Jadi bagi aku, ini jelas menunjukkan ada usaha dilakukan bagi menutup penipuan Najib Nazak berhubung isu tersebut.


EmoticonEmoticon