BENARKAH harga minyak naik lagi malam ini? Sama seperti anda semua, kami turut tidak terkecuali mendapat mesej mengenai desas-desus kenaikan harga bahan api sepanjang Februari 2017 yang disebarkan menerusi kiriman teks WhatsApp. Berikut kami tulis semula maklumat tersebut:
Kadar baru minyak 1 FEB 2017
RON95 RM2.25 seliter
RON97 RM2.45 seliter
Diesel RM2.25 seliter
Berkuatkuasa pada pukul 12 A.M 1 FEB 2017
Naik lagi weiii ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Jika berdasarkan maklumat tersebut, ini bermakna harga minyak sepanjang Februari ini mengalami kenaikan sebanyak 0.15 sen daripada RM2.10 bagi RON95, 0.05 sen daripada RM2.40 (RON97) dan 0.20 sen daripada RM2.05 (diesel).
Kami cuba menghubungi ejen perisik kami, Djar the Petrolman, tetapi dia sendiri tidak dapat mengesahkan kesahihan tersebut dan berita itu kekal menjadi desas-desus atau khabar angin. Berikut perbualan antara wakil kami, Bang Nin dan Djar.
“Betul ke minyak naik? Atau rumours?” – Bang Nin
“Dengarnya macam tu. Since minggu lepas lagi rumours ni. Most dealer aku pun bagitau benda sama. Tak apa, dapat official saja aku heads up.” – Djar the Petrolman
Benarkah khabar angin bakal menjadi khabar duka? Apakah patut kita lakukan? Masih perlukah kita terus mengamuk di media sosial sebelum kehidupan kembali seperti biasa selang seminggu kemudian? Sama-sama kita fikirkan.. 😛
EmoticonEmoticon