Monday, 2 January 2017

Elaun Tan Sri Isa Samad Selaku Pengerusi FGV RM1.8juta Setahun


Tindakan KWSP melepaskan semua pegangannya dalam FGV Bhd baru-baru ini mendapat ulasan dalam ruangan Starbiz akhbar The Star hari ini.

Semasa FGV disenaraikan pada tahun 2012 dulu KWSP telah menjadi pemegang sahamnya ketiga terbesar dengan pegangan 7.95%.

Tetapi atas pelbagai faktor termasuk penurunan harga sawit selain masalah pengurusan FGV tidak berjaya mengekalkan prestasinya.

Apa yang menarik dalam ulasan ini adalah perbandingan elaun yang dibayar oleh FGV kepada Pengerusi dan pengurusan kanannya berbanding syarikat perladangan yang lain.

Tan Sri Isa Samad selaku Pengerusi FGV walaupun seorang Pengerusi bukan eksekutif tetapi menerima elaun RM1.8juta setahun ataupun bersamaan RM150, 000 sebulan!

Ini sekali ganda beebanding Pengerusi Sime Darby Berhad Tan Sr Ghani Othman yang nenerima kurang RM950 000 setahun ataupun bersamaan RM79 000 sebulan

Apa peranan Isa dalam FGV sehingga perlu dibayar begitu banyak?

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV menerima RM2.28 juta setahun bersamaan RM190 000 sebulan!

KWSP lazimnya mahu melihat pemisahan jelas antara lembaga pengarah dan pengurusan dalam portfolio pegangannya. Lazimnya ia akan menarik diri apabila syarikat berkenaan terlalu dipengaruhi oleh keputusan politik dan ahli politik memain peranan aktif dalam syarikat.

Ternyata apa yang berlaku dalam FGV telah meyakinkan KWSP untuk melepaskan pegangan mereka.
KSWP mungkin telah membuat keputusan terbaik tetapi yang akan memikul beban dan menanggung bahana sudah pastilah para peneroka diperingkat akar umbi.

Pak Cik Mak Cik di tanah-tanah rancangan tahu tidak yang Tan Sri Isa menerima elaun sebanyak tu atas keringat dan kesusahan mereka?

Di akar umbi pelbagai masalah dan rungutan peneroka termasuklah harga hasil yang rendah, tidak terima insentif, hutang, kemudahan asas yang buruk tetapi YB Pengerusi FGV senang-senang raih RM150, 000 sebulan bersamaan RM5000 setiap hari.




EmoticonEmoticon