NAJIB HINA AGONG?
Perdana Menteri, Najib Razak hari ini mengejek Tun Mahathir Mohamad dengan panggilan "U-Turn Mahathir".
"Ini Dr Mahathir, Tun Mahathir, "U-Turn Mahathir".
"Saya gelar dia "U-Turn Mahathir", bukan Tun Mahathir, dia selalu dan terlalu banyak U-Turn", kata Najib dalam satu majlis di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
Sedarkah Najib akan perbuatannya itu?
Tidakkah beliau sedar bahawa gelaran Tun yang disandang oleh Tun Mahathir adalah gelaran yang diberikan oleh Yang Dipertuan Agong melalui anugerah tertinggi negara iaitu darjah kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N) yang diterimanya pada 2003 dahulu?
Maka itu, wajarkah gelaran Tun yang merupakan penghormatan tertinggi negara ditukar kepada U-Turn?
Tidakkah dengan sesuka hati menukar dan mengejek panggilan Tun kepada U-Turn, apatah lagi dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Najib telah melakukan satu penghinaan kepada Yang Dipertuan Agong dan Istana Negara?
Najib boleh saja memanggil Tun Mahathir dengan gelaran apa sekalipun, tetapi mengejek panggilan Tun yang merupakan anugerah daripada Yang Dipertuan Agong dan disampaikan pula di Istana Negara kepada U-Turn, jelas suatu tindakan keterlaluan tidak sepatutnya dilakukan.
Apa Najib ingat gelaran Tun itu "gelaran kaki lima" yang boleh diejek dan dipersenda sesuka hati oleh beliau? (SH 20/01/2017).
EmoticonEmoticon