Wednesday 14 December 2016

LHDN Akan Senaraikan Dalam CCRIS Kepada Mereka Yang Tidak bayar Cukai



LHDN cadang senaraikan pengelak cukai tegar dalam CCRIS

Kesan akibat tersenarai dalam CCRIS akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman.

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) bercadang menyenaraikan individu yang gagal mematuhi pembayaran cukai dalam Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat (CCRIS) tahun hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Sabin Samitah berkata langkah itu bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai semasa dan membendung aktiviti pelarian cukai.

Kesan akibat tersenarai dalam CCRIS akan mempengaruhi penilaian oleh pihak bank berhubung pinjaman.

Ia juga bermakna mereka akan menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman bank dan kad kredit.


EmoticonEmoticon