Tuesday, 22 November 2016

Jadilah Tuan Rumah Yang Berbudi Bahasa Kepada Pekerja Bangladesh - Nazri


KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini diminta jangan memandang remah sumbangan pekerja Bangladesh. Kerana tanpa mereka, ada industri yang akan lumpuh, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

"Jangan perkecilkan sumbangan mereka pada ekonomi, kita perlukan mereka," katanya.

Beliau juga turut menggesa Malaysia menjadi tuan rumah berbudi bahasa kepada pekerja Bangladesh yang tiba di negara ini unuk menyumbang kepada sektor pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat tempatan, lapor The Malaysian Insider.

"Jadilah tuan rumah yang berbudi bahasa kerana mereka melakukan kerja yang tidak mahu dilakukan oleh rakyat Malaysia.

"Rakyat Malaysia tidak perlu terkejut dengan angka 1.5 juta kerana ia tenaga kerja tersedia dari Bangladesh untuk mana-mana negara yang memerlukan rakyat mereka. Ia tidak terhad pada Malaysia semata-mata.

"Ia tidak bermakna 1.5 juta orang yang akan datang ke negara ini. Apabila kita perlukan, kita bawa mereka masuk. Mereka tak ambil kerja kita, mereka hanya buat kerja yang kita tidak mahu lakukan," katanya. - PIXEL MEDIA


EmoticonEmoticon