Monday, 21 November 2016

Inilah Yang Akan Terjadi Pada Kaki Anda Jika Dipatuk Ular


So inilah yang jadi lepas kena patuk ular. U guys hati hati okay 😉 #snakebite #cobra




5 Tips Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Dipatuk Ular

Sejak kebelakangan ini, kita banyak disajikan dengan berita-berita yang kurang enak tentang mangsa yang dipatuk ular sempena dengan musim panas yang terlampau ini. Kebanyakan ular akan keluar dari habitat masing-masing mencari tempat yang teduh seperti di dalam rumah, didalam kenderaan dan sebagainya.


Tetapi andai kata anda melihat mangsa yang dipatuk ular berdekatan dengan anda atau anda sendiri merupakan mangsa, apa yang patut anda lakukan? Jom semak beberapa tips ini.

1.Hubungi Talian Kecemasan

Seboleh-bolehnya simpan nombor-nombor kecemasan seperti ambulans didalam telefon bimbit ataupun lebih bagus jika anda menghafalnya. Jika tidak, memadai jika anda hanya menghubungi 999 jika berada di Malaysia. Jika anda berada di luar negara, anda boleh menghubungi talian 112 untuk bantuan kecemasan.

2.Minta Mangsa Bertenang

Elakkan terlalu banyak pergerakan selepas dipatuk ular. Hal ini membuatkan bisa ular akan merebak kebahagian dalaman tubuh yang lain dengan lebih cepat. Baringkan mangsa dan minta mangsa untuk bertenang sambil memberikan kata-kata positif bahawa anda sedang dalam ikhtiar untuk menyelamatkan mangsa.

3.Balut atau Ikat Kawasan Patukan 

Salah satu cara untuk mengelakkan racun ular untuk terus merebak ke bahagian tubuh yang lain adalah dengan membalut atau mengikat bahagian yang terkena patukan sementara menunggu bantuan kecemasan tiba.

4.Jangan Banyak Gerakkan Bahagian Tubuh Yang Dipatuk

Elakkan terlalu banyak pergerakan dikawasan patukan untuk mengelakkan bisa dari cepat merebak ke bahagian tubuh yang lain.

5.Dapatkan Suntikan Anti Venom Yang Bersesuaian

Seboleh-bolehnya kenal pasti spesies ular yang telah mematuk mangsa seperti saiz, corak dan warna yang terdapat pada badan ular tersebut. Hal ini bagi memudahkan pihak penyelamat untuk menentukan jenis antidot yang bersesuaian untuk merawat mangsa mengikut spesies ular, kerana ada juga spesies ular yang tidak berbisa.


EmoticonEmoticon