Thursday, 2 July 2015

Video polis pakaikan kasut untuk Rosmah jadi viral



KUALA LUMPUR, 3 Julai: Sebuah video seorang wanita yang memberi layanan “kelas pertama” kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur dengan memakaikan kasut kepadanya menjadi viral hari ini.

Wanita tersebut dipercayai seorang anggota polis dan difahamkan video tersebut diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak dan berlangsung di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam pada Khamis.

Video tersebut sememangnya tidak membantu Najib untuk membersihkan imejnya yang kini tercalar dengan isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), harga minyak petrol yang naik sempena Hari Raya dan juga isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Selain itu, imej Rosmah juga tidak kurangnya tercalar kerana terdapat cakap-cakap dalam kalangan rakyat sejak dari dulu lagi bahawa Rosmah adalah seorang yang suka berbelanja besar dan secara umum juga tahu yang ahli keluarga Najib hidup dalam keadaan serba mewah sedangkan ekonomi negara tidak berada dalam keadaan yang begitu baik.

Video tersebut dimuat naik oleh pengguna Facebook yang bernama Yusry Danie:

“Nak tya sikit…Si tukang pemakai kasut tu… mahai ka gaji dia? Sampai macam tu sekali layanan pada seorang PM.

“Bersangka baik – dia tengah halau semut pada kain dan betulkan kainnya,” tulisnya dalam statusnya.

Antara orang ramai yang memberi komen berhubung video ini adalah:

Mien Amran: Tu PM baru ker?

Abdul Azeem: Maybe badan besar and sakit lutut ligament koyak xleh nak bongok…

Harry Teh: If she bends down to do it herself later she sweat and make up melted. Also maybe cannot reach unless she sit on floor. Macam tu very unglam

Nazri Mokhtar: Jgn salah faham .. Dia x mampu nak tunduk / bongkok .

Sulaiman MK: Kesian……..


1 comments so far

Pakai kasut pun x reti..elok mampus


EmoticonEmoticon